
Friday, March 15, 2013
PELANTAR MINYAK TERBESAR DUNIA
Troll-A ialah pelatar minyak tertinggi dunia dengan ketinggian 472 meter dan mempunyai berat 1.2 juta tan. Ianya dibina pada tahun 1991dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru.


BMC IMPEC EDISI LAMBORGHINI
Sempena menyambut ulang tahun ke 50 mereka Lamborghini menghasilkan Lamborghini Veneno. Kereta lumba edisi terhad ini dijual pada harga RM 12 Juta sebuah. Semestinya pada harga ini adalah mustahil untuk orang seperti kita untuk memilikinya. BMC Ampec Lamborghini Edition ialah basikal edisi terhad kepada 50 buah sahaja dan dijual pada harga RM 96 000 sebuah. Ia mempunya kerangka gentian karbon dan tempat duduk yang menggunakan bahan yang sama seperti yang digunakan pada Lamborghini Aventador.




RUNBO X3 : TELEFON ANDORID TAHAN LASAK
Runbo X3 sebuah peranti Android dengan skrin sebesar 3.5 inci dan papan kekunci fizikal. Ia diperkasakan dengan pemproses 1GHZ dua teras, 1 GB RAM, kemera 8 megapixel dan ketahanan dari air dan debu. Kerangka Ranbo X3 diperbuat dari getah keras dan ia juga boleh berfungsi sebagai sebuah radio walkie talkie sehingga jarak maksimum 6 kilometer.
Runbo mungkin bukan telefon pintar tercantik dipasaran tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang mampu digunakan dalam keadaan extreme, Runbo X3 boleh anda miliki pada harga RM 1086

Runbo mungkin bukan telefon pintar tercantik dipasaran tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang mampu digunakan dalam keadaan extreme, Runbo X3 boleh anda miliki pada harga RM 1086

COCO PRIVÉ : PULAU PERCUTIAN PERIBADI DI MALDIVES
Resort peribadi ini hanya menempatkan 12 orang pelawat pada satu-satu masa di dalam 6 chalet peribadi dengan keluasan keseluruhan 13 000 kaki persegi. Ianya dibina di atas pulau Kuda Hithi Maldives.


Saturday, March 9, 2013
PESAWAT TEMPUR TENTERA UDARA REPUBLIK KAZAKHSTAN
Tentera Udara Republik Kazakhstan adalah sebuah angkatan tentera yang agak besar. Ianya jauh lebih besar dari tentera udara negara kita. Kazakhstan mewarisi pesawat dari bekas Soviet yang pernah menjadikan Kazakhstan markas mereka. Kazakhstan mempunyai 39 Mig 29, 16 Mig 25, 42 Mig 31, 47 Su-27, 18 Su-25,12 Mig-27 dan 3 Mig 23.
Negara kita juga mempunyai kelengkapan perang yang agak canggih dan berteknologi tinggi.

Negara kita juga mempunyai kelengkapan perang yang agak canggih dan berteknologi tinggi.

KOMANDO KOREA SELATAN LATIHAN
Pasukan komando Korea Selatan diberi gelaran The Black Beret. Motto pasukan ini ialah "Approach like the Ghost, Strike like the Thunder, Vanish like the Smoke". Antara fungsi mererka ialah menentang keganasan, menyelamatkan tebusan, operasi khas dan misi pembunuhan. JANGAN ingat lelaki korea semua lembut mat jambu sahaje ye.


R TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MELAKUKAN LATIHAN PELURU HIDUP
TUDM melakukan serangan udara pada posisi tentera pengganas Sulu dalam OPS daulat beberapa hari lalu. Anda boleh lihat pesawat BAE Hawk dan F-18 yang digunakan di Lahad Datu di dalam gambar di bawah .Berusahalah #OpsDaulat


TELEFON AWAM PINTAR NEW YORK
Di New York telefon pintar yang sedia ada sedang dalam perancangan untuk ditukar menjelang tahun 2014. Oleh itu sebuah pertandingan rekaan dianjurkan oleh Bandaraya New York untuk rekaan terkini yang lebih mesra teknologi. Beacon ialah salah sebuah konsep yang bertanding untuk menggantikan telefon awam yang sedia ada. Ia mempunyai dua skrin LCD satu dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Skrin bawah merupakan skrin sesentuh yang memaparkan antaramuka telefon ketika digunakan. Ia juga mempunyai kemampuan internet dan boleh digunakan oleh orang awam untuk mencari arah ke tempat-tempat tertentu seluruh New York. Skrin bahagian atas pula berfungsi sebagai papan iklan digital dan boleh diaktifkan untuk menjadi sistem amaran jika berlaku kecemasan. Sebagai contoh jika taufan berlaku ia akan memaparkan amaran dan menunjukkan arah ke kawasan selamat.
Tapi kalau dekat Malaysia agaknya baru satu hari pasang ada yang sudah kena curi rosak akibat vandalisme. Kemudahan awam kepentingan bersama!

Tapi kalau dekat Malaysia agaknya baru satu hari pasang ada yang sudah kena curi rosak akibat vandalisme. Kemudahan awam kepentingan bersama!

Thursday, March 7, 2013
JEPUN SELEPAS TSUNAMI DAN SEKARANG
Gempabumi Tohoku yang melanda jepun pada 11 Mac 2011mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Sebanyak 15 888 orang dilaporkan meninggal dunia dan hampir 130 000 bangunan musnah akiba gempa sebesar 9.3 pada skala richter. Selepas hampir dua tahun berlaku mari lihat bagaimanakah proses pembinaan semula kawasan yang musnah setakat ini. Namun mereka kembali menjadi rakyat biasa yang komited terhadap perkerjaan.


BENDE ANEH DI DALAM PERUT
Ianya sebahagian tenkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau.
Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliu kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini.

MEJA MAKAN TERGANTUNG
Duffy London telah menghasilkan meja makan yang unik dan kreatif untuk kita menghayati hidangan makanan yang sedap sedap seperti durian.


Wednesday, March 6, 2013
STADIUM-STADIUM PIALA DUNIA 2022 QATAR
Qatar akan menjadi tuan rumah bola sepak duni pada tahun 2022. Pelbagai persedian telah dilakukan.


Tuesday, March 5, 2013
MUZIUM ANATOMI GRANT DI LONDON
Grant Museum of Zoology ialah muzium anatomi haiwan yang dimiliki olehUniversity College London. Muzium ini mempunyai lebih dari 65000 spesimenhaiwan yang digunakan pelajar kajian zoologi. Muzium ini pada asalnya merupakan koleksi spesimen peribadi Dr Robert Edmond Grant, professor pertama di dalam bidang zoologi dan perbezaan anatomi di dunia. Muzium ini dibuka pada tahun 1928 dan ia mempunyai koleksi haiwan yang impresif seperti spesimen burung DODO dan Thylacine Tasmanian Tiger yang kini sudahpun pupus. Spesimen di muzium ini terdiri dari rangka, haiwan yang awet dan juga organ yang diawet di dalam balang alkohol.


WIRAWATI ANGKATAN TENTERA NORWAY
Norway kaum hawa dapat menyertai active service ketenteraan sejak 1938. Selepas perang mereka dihadkan kepada bidang-bidang awam. Tetapi pada tahun 1995, undang-undang hak sama rata diluluskan di Norway dan sekali lagi kaum wanita dibenarkan menyertai tentera sebagai ahli tentera aktif. Norway juga merupakan negara pertama yang membenarkn wanita menjadi anak kapal selam mereka. Ketika ini Norway mempunyai 3 kapten kapal selam wanita.


TENTERA WANITA KOREA UTARA
Kumpulan ini mempunyai imej ala-la kumpulan girlband seperti SNSD yang popular di Korea Selatan. Berbeza dengan versi Korea Selatan, kumpulan NK-Pop ini berpakaian tidak terlalu seksi dan menyanyikan lagu yang JUCHE compliant. Diharap kumpulan ini dapat mengadakan konsert di Malaysia kerana aku pasti dengan imej mereka yang lebih sopan.


WORLD OF COCA COLA : MUZIUM COCA COLA DI ATLANTA
World of Coca Cola yang terletak di Atlanta Georgia. Ianya dibina di Atlanta kerana disinilah terletaknya ibu pejabat Coca Cola. Muzium ini mula dibuka pada tahun 2007 dan setiap tahun ia menerima 1 Juta pengunjung. Pelbagai artifak dipamerkan di dalam muzium ini. Sebagai contoh terdapat botol Coke dari tahun 1888, mesin coke untuk stesen angkasa dan sebuah kilang pembotolan Coke di tingkat bawah. Selain daripada itu ia juga mempamerkan memorabilia, papan pengiklanan dan botol Coke dari seluruh dunia.Disebalik kemegahan ini tak tunjuk pula fakta mengenai keburukan coca cola kan berapa orang da hilang gigi agaknya.
Laporan asal World of Coca Cola

GAMBAR PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN YANG KREATIF
Banyak cara untuk menunjukkan perkembangan bayi di dalam perut ibu. Contoh di luar negara, sepasang suami isteri sangat kreatif dengan idea mengisi angin ke dalam perut sehingga kembung. Bila sudah pecah keluar bayi -__- terbaik!


BOXING DAY SALE DI LONDON YANG GILA GILA SALE
Boxing Day Sale ialah acara tahunan yang dinantikan mereka yang mencari the best bargain in town. Semasa kami student dahulu memang kami nantikan Boxing Day Sale yang memberikan potongan harga barangan sehingga80%. Dapat beli benda branded pada harga tak masuk akal.
Orang ramai sanggup beratur pada awal pagi selama berjam-jam untuk membeli belah. Kalau di Malaysia sudah tentu Parkson, Carefour semua sudah tutup kedai sebab produk habis dijual.

Orang ramai sanggup beratur pada awal pagi selama berjam-jam untuk membeli belah. Kalau di Malaysia sudah tentu Parkson, Carefour semua sudah tutup kedai sebab produk habis dijual.

POSTER IKLAN SCIENCE WORLD SANGAT KREATIF
Science World ialah sebuah pusat sains yang terletak di British Columbia Kanada. Bagi mempromosikan diri mereka, Science World bekerjasama dengan firma Rethink bagi menghasilkan poster iklan di tempat awam di bawah. Fakta: iklan yang menarik dan kreatif dapat tarik ramai orang yang lalu lalang tengok iklan macam ni.


ARCA DARI MENTEGA
Mentega biasanya digunakan didalam makanan. Buat kek mesti ada mentega. Nak makan toast lebih sedap jika ada metega. Tetapi bagi pasangan suami isteri Jim Victor dan Marie Pelton yang berasal dari Pennsylvania USA, mentega ialah medium yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan arca. Mereka sudah mengggunakan mentega sebagai bahan binaan arca mereka sejak 11 tahun yang lalu dan sudah memenangi beberapa anugerah seni.


MASJID CENGKERANG SIPUT : ISTANBUL CAMLICA MOSQUE
Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi. Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional.


KATIL ANGKASAWAN KANAK - KANAK
Jeremiah Gorman ialah seorang bapa yang mahu anak beliau menjadi angkasawan seperti Syed Muzapfar. Maka beliau menggunakan barangan elektronik terbuang untuk membina "katil kapal angkasa" untuk anak beliau. Cita-cita untuk jadi angkasawan memang menjadi impian kanak-kanak sejak kecil.


FESTIVAL GUSTI UNTA DI TURKI
Setiap minggu ketika di bulan Januari festival gusti unta akan dilangsungkan diSelcuk, Turki. Adalah dipercayai festival Royal Rumble Unta ini sudah diamalkan masyarakat etnik Turkic sejak 2500 tahun yang lalu. Setiap tahun 1400 unta akan berentap untuk memenangi kejuaraan gusti unta ini. Sebelum dua unta jantan bergusti, seekor unta betina diletakkan didalam gelanggang. Ini akan menaikkan nafsu syahwat unda jantan yang kemudian bergusti bagi mendapat perhatian si unta betina.


BERUS GELEK CAT DENGAN CORAK YANG MENARIK
Kreativiti anda dalam mengecat dinding rumah boleh ditingkatkan dengan inovasi penggelek cat yang mempunyai corak tersendiri. Jika berminat anda boleh membelinya disini dan setakat ini mereka mempunyai beberapa pilihan corak.


PENGUTIP SAMPAH MOGOK DI SEVILLE , SEPANYOL
Pekerja pemungut saapah di kota Seville, Sepanyol mogok semogoknya selama 10 hari sejak minggu lalu sebagai tanda protes terhadap potongan gaji sebanyak. Waktu pekerjaan mereka juga turut ditambah dan ini membuatkan mereka naik angin. Dianggarkan 6000 tan sampah kita berlonggok di seluruh Seville. Pemotongan gaji yang berlaku adalah kesan sampingan dari kegawatan ekonomi Sepanyol.
Bayangkan berlongok-longgok sampah bertimbun tidak dikutup oleh mereka. Di Malaysia satu hari tak kutip sampah semua orang mengamuk la nampaknya.

Bayangkan berlongok-longgok sampah bertimbun tidak dikutup oleh mereka. Di Malaysia satu hari tak kutip sampah semua orang mengamuk la nampaknya.

BILIK MENANTI SEKOLAH RENDAH DAE-EUN DI KOREA
Bilik menanti digunakan pelajar selepas waktu sekolah untuk menanti diambil oleh ibu bapa pulang ke rumah. Bilik ini dipenuhi perabot ceria bagi memastikan pelajar tidak kebosanan semetara menunggu kedatangan ibu bapa. Kos membuat bilik ni sudah tentu mahal.


Monday, March 4, 2013
KOREA MENGHASILKAN K-9 THUNDER YANG POWER
Samsung melalui anak syarikat mereka Samsung Techwin, menghasilkan K-9 Thunder. Ianya sebuah Howitzer berkuasa sendiri yang berunut. Ianya dibina dari M-109 Paladin yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Kalau korang pernah main Command and Conquer Generals, Paladin ialah kereta artileri milik Allied yang annoying gila itu. Jadi kenapa Korea tak beli sahaja Paladin dari USA? You see in Korea they like to make their own shit pasal they know kalau dalam peperangan dengan Korea Utara Darul Kim Jong Un, mereka tak boleh berharap kepada tentera luar untuk selamatkan mereka dengan segera. Maka Samsung pun acquire lesen untuk membina M-109 Paladin versi K-POP.
K-9 Thunder dikatakan mempunyai jarak efektif lontaran artileri lebih jauh dari Paladin iaitu 40 Km. Paladin hanya mampu menembak sejauh 18 Km. Ianya diperkasakan dengan enjin 1000 kuasa kuda berbanding hanya 450 pada Paladin. In essence the Korean upgraded the Paladin into something meaner . Tunggu Malaysia pula buat kelengkapan canggih buatan PENSONIC HAHA.

K-9 Thunder dikatakan mempunyai jarak efektif lontaran artileri lebih jauh dari Paladin iaitu 40 Km. Paladin hanya mampu menembak sejauh 18 Km. Ianya diperkasakan dengan enjin 1000 kuasa kuda berbanding hanya 450 pada Paladin. In essence the Korean upgraded the Paladin into something meaner . Tunggu Malaysia pula buat kelengkapan canggih buatan PENSONIC HAHA.

PESAWAT PEJUANG PERTAMA TUDM
Sejarah Tentera Udara Di Raja Malaysia bermula pada tahun 1958dengan pembelian Scotland Aviation Twin Pioneer yang diberi namaLang Rajawali. Umum kita ketahui pesawat pejuang tercanggih TUDM kini ialahSukhoi SU-30 MKM yang mempunyai kemampuan yang menakjubkan. Ketika ini TUDM mempynyai 18 pesawat pejuang Sukhoi, 8 pesawat F-18D, 12 BAE Hawk dan 10 Mig 29 Fulcrum. Tapi tahukah anda nama pesawat pejuang pertama milik TUDM?
Pesawat pejuang pertama TUDM ialah Canadair CL-41G Tebuan. Ianya variasi khasCanadair CT-114 Tutor yang merupakan pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Kanada. 20 buah Tebuan dibeli pada tahun 1966 dan mula memasuki inventori TUDM pada tahun 1967. Pesawat Tebuan berbeza dari Canadair CT-114 Tutor dari segi pengubahsuaian enjin dan sayap yang lebih kuat bagi membenarkan ia membawa sistem persenjataan. Malaysia ialah satu-satunya negara yang memiliki variant pesawat tempur Canadair CT-114 Tutor ini. Tebuan digunakan sebagai pesawat bantuan dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya. Tebuan digunakan oleh TUDM selama 20 tahun sebelum digantikan dengan 13 pesawat Aermacchi MB-339A.
Kini adan boleh melihat pesawat Tebuan ini di Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia di Sungei Besi dan juga Muzium Tentera Port Dickson

Pesawat pejuang pertama TUDM ialah Canadair CL-41G Tebuan. Ianya variasi khasCanadair CT-114 Tutor yang merupakan pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Kanada. 20 buah Tebuan dibeli pada tahun 1966 dan mula memasuki inventori TUDM pada tahun 1967. Pesawat Tebuan berbeza dari Canadair CT-114 Tutor dari segi pengubahsuaian enjin dan sayap yang lebih kuat bagi membenarkan ia membawa sistem persenjataan. Malaysia ialah satu-satunya negara yang memiliki variant pesawat tempur Canadair CT-114 Tutor ini. Tebuan digunakan sebagai pesawat bantuan dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya. Tebuan digunakan oleh TUDM selama 20 tahun sebelum digantikan dengan 13 pesawat Aermacchi MB-339A.
Kini adan boleh melihat pesawat Tebuan ini di Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia di Sungei Besi dan juga Muzium Tentera Port Dickson

HOODIE IRONMAN
Hoodie super hero anda kini dipasaran untuk pembelian hanya USD 60 sepasang. Boleh dibeli disini.
Kalau mahu beli online di Malaysia boleh check di lelong.com ataupun mudah. Haritu admin pergi Bandung, Indonesia ada banyak hoodie dan t-shirt superhero harga serenah 100000 rupiah (RM315).
Kalau mahu beli online di Malaysia boleh check di lelong.com ataupun mudah. Haritu admin pergi Bandung, Indonesia ada banyak hoodie dan t-shirt superhero harga serenah 100000 rupiah (RM315).

AMANGIRI : RESORT UNIK DICELAH NGARAI UTAH
Amangiri ialah sebuah resort istirehat yang dibina di Canyon Point, Utah. Ianya diinpirasikan oleh penempatan orang Red Indian yang minimalis dan blend in with the environment. Amangiri yang mula beroperasi sejak 2009 terdiri daripada 34 shalet yang setiap satunya menawarkan pemandangan Gurun Navajo yang cantik. Pusat peranginan ini dibina khas untuk warga kota yang mahu melarikan diri dari hutan konkrit dan bersantai dengan aman dikelilingi alam sekitar yang asli. Harga semalam di Amangiri resort bermula dari USD950 semalam. Jangan risau tempat ni tak akan runtuh.


HIPPO COMEL JADI HAIWAN PELIHARAAN
Seekor anak badak air yang dilahirkan di The Congo Wildlife Ranch di Afrika . Anak bada seberat 5.1 KG ini sangat comel. Agak-agaklaa apa nama untuk hippo ni.


FUNGSI LAIN MANCIS UNTUK ARCA
Siapa sangka mancis pun boleh digunakan bagi menghasilkan arca yang menarik. Dibawah ialah arca yang diperbuat dari mancis karya David Mach. Mula-mula arca diukir dengan mnggunakan tanah liat. Kemudian mancis dicocok keatas ukiran tanah liat itu satu persatu. Bagi mendapatkan mancis pelbagai warna David mengimport mancisnya dari Jepun. Budget untuk satu arca tersebut takla tinggi sangat cuma dalam RM20.


RUMAH KUBUR DI SERBIA
Bratislav Stojanovic (40) ialah seorang gelandangan yang tinggal di dalam sebuah kubur selama 15 tahun. Bratislav tinggal di dalam kubur berusia lebih 100 tahun di bandar Nis, selatan Serbia kerana rumah yang didiami beliau terbakar 20 tahun yang lalu.Ruang kubur sebesar 3x3 kaki menjadi tempat beliau berteduh dari hujan dan salji. Belia merasakan lebih selamat tinggal bersama orang mati berbanding orang hidup. Nasib baik mayat tu tak bangun jadi zombie.


HOTEL BERKONSEPKAN PANDA DI CHINA
Hotel Panda Haoduo ialah hotel bertemakan panda pertama di dunia. Ia terletak di Pergunungan Emei, Provinsi Sichuan China. Hotel ini mempunyai bilik-bilik yang dipenuhi gambar dan lukisan panda.Satu lagi keunikan hotel ini ialah kesemua kakitangannya memakai baju panda sepanjang masa. Harga penginapan semalaman ialah diantara 300-500 Yuan (RM 150 - 240 ). Harga yang berpatutan ini juga mampu menyemai sifat sayang pada panda khususnya. jom ke china melancong.


KARAOKE GANGNAM STYLE
Nama Baru baru ini terdapat sebuah pusat hiburan karaoke di Korea Town, Sydney. Bayaran masuk tak tahu pula berepa.

IPAD LUTSINAR BAKAL DIPASARKAN ?
Ini ialah konsep ipad lutsinar yang dihasilkan oleh Ricardo Luis Monteiro Afonso. Ianya cantik tapi seperti kita sedia maklum LCD lutsinar does not work on real life. Samsung ada menghasilkan panel LCD sebegini dua tahun lalu. Tambahan lagi kalau lutsinar macam ni, kalau jatuh terus pecah tapi mungkin ada warranty kot.


REPLIKA KABIN 747 DI DALAM GUDANG YANG SANGAT MEWAH
Bagi Anthony Toth , yang berasal dari California, kegilaan beliau terhadap pesawat 747 membawa kepada beliau membina replika kabin 747 beliau sendiri. Pada awalnya beliau menghasilkan replika kabin 747 Pan Am in di dalam garaj rumah beliau. Tetapi kini ianya terletak di dalam sebuah gudang kerana saiznya yang semakin besar. Sangat cool. Dengan adanya replika ini bolehlah Anthony menyertai mile high club versi ketinggian paras laut sebagai hobi luar biasa.


PROJEK KERETAPI AL HARAMAIN MEMUDAHKAN URUSAN HAJI
Projek keretapi halaju tinggi Al Haramain ialah projek yang kini dalam pembinaan di Arab Saudi. Ianya projek sepanjang 450 kilometer yang menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. Ianya dibina bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan berhenti di Jeddah dan juga Rabigh. Kos pembinaan dianggarkan mencecah USD 10.7 billion (RM 33.4 Billion). 46 keretapi Talgo 350 keluaran Sepanyol bakal digunakan dan ianya akan beroperasi pada kelajaun 360 kilometer sejam. Diangkakan 3 Juta penumpang akan menaiki sistem keretapi Al Haramain setiap tahun. Pembinaan dijangka siap pada tahun 2014. Dengar cerita keretapi ini ada kaitrapat dengan KTM.


PATUNG POKEMON DAN NARUTO YANG GAGAL DI CHINA
Ini ialah patung gergasi Pokemon dan Narutoyang diletakkan di sebuah Konvensyen Anime di Wenzhou China. Mungkin pereka patung tersebut memang tak berbakat untuk bidang tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)