Friday, March 15, 2013

PELANTAR MINYAK TERBESAR DUNIA

Troll-A ialah pelatar minyak tertinggi dunia dengan ketinggian 472 meter dan mempunyai berat 1.2 juta tan. Ianya dibina pada tahun 1991dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru.


BMC IMPEC EDISI LAMBORGHINI

Sempena menyambut ulang tahun ke 50 mereka Lamborghini menghasilkan Lamborghini Veneno. Kereta lumba edisi terhad ini dijual pada harga RM 12 Juta sebuah. Semestinya pada harga ini adalah mustahil untuk orang seperti kita untuk memilikinya. BMC Ampec Lamborghini Edition ialah basikal edisi terhad kepada 50 buah sahaja dan dijual pada harga RM 96 000 sebuah. Ia mempunya kerangka gentian karbon dan tempat duduk yang menggunakan bahan yang sama seperti yang digunakan pada Lamborghini Aventador. 


RUNBO X3 : TELEFON ANDORID TAHAN LASAK

Runbo X3  sebuah peranti Android dengan skrin sebesar 3.5 inci dan papan kekunci fizikal. Ia diperkasakan dengan pemproses 1GHZ dua teras, 1 GB RAM, kemera 8 megapixel dan ketahanan dari air dan debu. Kerangka Ranbo X3 diperbuat dari getah keras dan ia juga boleh berfungsi sebagai sebuah radio walkie talkie sehingga jarak maksimum 6 kilometer. 

Runbo mungkin bukan telefon pintar tercantik dipasaran tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang mampu digunakan dalam keadaan extreme, Runbo X3 boleh anda miliki pada harga RM 1086


COCO PRIVÉ : PULAU PERCUTIAN PERIBADI DI MALDIVES

 Resort peribadi ini hanya menempatkan 12 orang pelawat pada satu-satu masa di dalam 6 chalet peribadi dengan keluasan keseluruhan 13 000 kaki persegi. Ianya dibina di atas pulau Kuda Hithi Maldives.


Saturday, March 9, 2013

PESAWAT TEMPUR TENTERA UDARA REPUBLIK KAZAKHSTAN

Tentera Udara Republik Kazakhstan adalah sebuah angkatan tentera yang agak besar. Ianya jauh lebih besar dari tentera udara negara kita. Kazakhstan mewarisi pesawat dari bekas Soviet yang pernah menjadikan Kazakhstan markas mereka. Kazakhstan mempunyai 39 Mig 29, 16 Mig 25, 42 Mig 31, 47 Su-27, 18 Su-25,12 Mig-27 dan 3 Mig 23.

Negara kita juga mempunyai kelengkapan perang yang agak canggih dan berteknologi tinggi.


KOMANDO KOREA SELATAN LATIHAN

Pasukan komando Korea Selatan diberi gelaran The Black Beret. Motto pasukan ini ialah "Approach like the Ghost, Strike like the Thunder, Vanish like the Smoke". Antara fungsi mererka ialah menentang keganasan, menyelamatkan tebusan, operasi khas dan misi pembunuhan.  JANGAN ingat lelaki korea semua lembut mat jambu sahaje ye.


R TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MELAKUKAN LATIHAN PELURU HIDUP

TUDM melakukan serangan udara pada posisi tentera pengganas Sulu dalam OPS daulat beberapa hari lalu.  Anda boleh lihat pesawat BAE Hawk dan F-18 yang digunakan di Lahad Datu di dalam gambar di bawah .Berusahalah #OpsDaulat


TELEFON AWAM PINTAR NEW YORK

Di New York telefon pintar yang sedia ada sedang dalam perancangan untuk ditukar menjelang tahun 2014. Oleh itu sebuah pertandingan rekaan dianjurkan oleh Bandaraya New York untuk rekaan terkini yang lebih mesra teknologi. Beacon ialah salah sebuah konsep yang bertanding untuk menggantikan telefon awam yang sedia ada. Ia mempunyai dua skrin LCD satu dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Skrin bawah merupakan skrin sesentuh yang memaparkan antaramuka telefon ketika digunakan. Ia juga mempunyai kemampuan internet dan boleh digunakan oleh orang awam untuk mencari arah ke tempat-tempat tertentu seluruh New York. Skrin bahagian atas pula berfungsi sebagai papan iklan digital dan boleh diaktifkan untuk menjadi sistem amaran jika berlaku kecemasan. Sebagai contoh jika taufan berlaku ia akan memaparkan amaran dan menunjukkan arah ke kawasan selamat. 

Tapi kalau dekat Malaysia agaknya baru satu hari pasang ada yang sudah kena curi rosak akibat vandalisme. Kemudahan awam kepentingan bersama!

Thursday, March 7, 2013

JEPUN SELEPAS TSUNAMI DAN SEKARANG

Gempabumi Tohoku yang melanda jepun pada 11 Mac 2011mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Sebanyak 15 888 orang dilaporkan meninggal dunia dan hampir 130 000 bangunan musnah akiba gempa sebesar 9.3 pada skala richter. Selepas hampir dua tahun berlaku mari lihat bagaimanakah proses pembinaan semula kawasan yang musnah setakat ini. Namun mereka kembali menjadi rakyat biasa yang komited terhadap perkerjaan.


BENDE ANEH DI DALAM PERUT

Ianya sebahagian tenkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau. 

Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliu kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini.